Posts

KESALAHAN-KESALAHAN PERKAHWINAN DALAM PERCERAIAN DI LUAR MAHKAMAH DAN TANPA KEBENARAN MAHKAMAH SEBAGAI SATU JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

KESALAHAN-KESALAHAN PERKAHWINAN DALAM PERCERAIAN DI LUAR MAHKAMAH DAN TANPA KEBENARAN MAHKAMAH SEBAGAI SATU JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA Pendahuluan.             Perkahwinan merupakan istilah universal yang berlaku baik bagi manusia, haiwan dan tumbuhan, di mana semuanya mempunyai naluri untuk berkahwin kerana Allah SWT telah menjadikan makhluk hidup dengan berpasang-pasangan ada lelaki dan perempuan. Bagi manusia, perkahwinan merupakan fondasi bagi membina masyarakat. Ini dapat membentuk keluarga yang memberikan kasih dan sayang dan pemeliharaan kepada anak-anaknya, melahirkan anggota kelarga yang soleh yang mentranfusikan darah baru pada urat nadi masyarakat sehingga dapat tumbuh dengan kuat dan berkembang lebih maju.             Perkahwinan juga adalah suatu ikatan yang bersifat kekal abadi. Dengan ikatan ini suami dan isteri dapat berhubung antara satu sama lain dala...